Wednesday, December 10, 2014

Tak aware dengan contract, lesap RM300

Tags

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bismillah...

OK hari ni sy nk share satu story yang baru je berlaku kt diri sy sendiri dan sy meletakkan kelalaian tu 100% terhadap diri sendiri walaupon ada la sket rasa tertipu.

Kesahnya macam ni.....
Beberapa bulan yang lepas sy ada la register broadband dengan satu vendor internet yg agak terkenal kt negara kita ni. Ada contract la. Tapi term & condition tengok2 gitew je sbb ingatkan boleh stay lama ngan broadband ni.

Balik rumah guna try guna dalam 2,3 hari. Tak boleh tahan. Internet slow sgt. Rasanya kurang dari 10kbps kot. Mungkin faktor kawasan kot. Dulu langgan unify, sekali pindah rumah tak de coverage. Terpaksalah bertukar pada yg lain. 5mbps vs 10kbps. Mana tahan. Dah tu nak tak nak kena la bayar gak bulan2 sbb follow contract.

Bila dah keadaan mcm ni, motivasi nk membayar pon berkurangan. Tertunggak la lebih kurang 4 bulan tak bayar. Ye la kan, bayar tp tak dapat apa yg kita nak.. Confirm la malas nk bayar. By the time dah 4 bulan tu, contract dah lepas. Maka berjalan la sy ke branch vendor broadband ni utk buat termination. Memang sy tau kena jugak buat clearance utk bil yang tertunggak tu. Bayar pon bayar la. Asal boleh terminate. Sy tanya la kat kaunter tu pasal penalti semua. Dia cakap tak de penalti. Just bayar bil yang tertunggak je.

Lepas beberapa bulan, dapat surat mahkamah. Opsss!!!!! Ada tunggakkan RM300. Menggelabah la pergi balik ke branch tempat terminate ari tu. Dengarlah penerangan dr kaunter tu pasal RM300. Rupa-rupanya selama 4 bulan tak bayar, sistem diorang akan auto terminate broadband sy. Time terminate tu lak sebelum contract habis. Adussss.. macam tu je terbang RM300 sbb nak bayar penalti. Habis apasal time terminate tu tak de inform benda ni semua? Dia cakap sbb data2 tu masuk sistem lepas 2 bulan sy terminate. Part ni memang sy tak tau atau sy tak baca contract betul2. Terbang!!!!!

Cerita ni memang true story tapi berdasarkan pemahaman sy. Mungkin sy salah faham. Point penting bukan sy nk salahkan vendor tu. Tapi sy nak ANDA SEMUA SEDAR TENTANG PENTINGNYA FAHAM TERM & CONDITION sebelum apply/terminate satu2 benda. Mungkin benda yg agak remeh, tapi kalau terbang free2 RM300 remeh lg ke?
Jadi kalau nk apply apa2 saja, paling penting tanya dari A to Z. Dari start apply, purchase sampailah ke termination. Suruh promoter tu terangkan segala term&condition betol2. Kalau boleh study sket pasal product dan term&condition. Sbb biasanya promoter tak bagi tahu semua perkara. Matlamat diorang nk jual je. Sebagai pengguna, kita perlu lebih bijak.

Sy harap anda semua dapat belajar sesuatu dari pengalaman sy ni. Supaya tak de yg ulangi benda sama.

Assalamualaikum.