Terima kasih Admin B untuk nasihat bernilai RM300 di bawah.
Kawan2,
Pernahkah anda terasa anda sedang "game" ketika membeli barang2 elektronik seperti dialog berikut:
- "abang hensem, you upgrade la hard disk besar sikit. nanti komputer you bertambah laju."
- "adik manis, processor laptop adik ni rosak, kalau nak saya bole repair, mahal sikit cas"
- "pakcik bergaya, angkat la power bank ni. 800000 mAH taw. bole cas phone sampai mati"
- "auntie lawa, ambik la pendrive ni. 128GB tu. saya kasi rm20 je. kalau beli 1 percuma 1 lagi"
Rakan2 yg dikasihi sekalian,
upgrade kapasiti hard disk tidaklah menglajukan komputer anda,
processor tidaklah boleh direpair, hanya boleh diganti.
power bank yg dahsyat2 pn standard 50000 mAH,
pendrive 128GB harga standard rm200 kot, kalau murah tu barangkali produk tipu.
Jika tuan2 dan puan2 rasa kurang yakin untuk berdebat dengan salesman2, kalian dinasihat(IT)kan untuk tidak membeli di kedai elektronik.
Sedangkan orang berpengalaman pun boleh ditipu, masakan pula golongan marhaen.
Kami di nasihatIT menasihatkan anda untuk shopping online seperti Lazada atau lelong (mudah.my kami tidak syorkan). kebarangkalian untuk ditipu sangat rendah dan yang paling best anda bebas dari tipu helah salesman.
Ataupun jika anda sudah buat review terlebih dahulu untuk barang2 yang anda nak beli, pastikan anda hanya beli barang yang anda review. ayat yang biasa digunakan oleh salesman ialah
"alamak boss. barang ni sudah out of stock la. ni saya rekomen barang yg lagi baik, tapi mahal sikit la. sikit saja. tak terasa pun dompet boss".
juga, jika anda mempunyai lebihan masa, silalah survey semua kedai yang ada terlebih dahulu. tips, kedai2 yang tersorok, yang tak ramai orang kadang akan offer harga paling best.
Sekian saja nasihat dari kami warga nasihatIT.
Kami yakin, dengan ILMU anda boleh!