Friday, October 7, 2016

BEZA ANTARA ROOT DAN JAILBREAK

Ramai antara kita yang keliru dengan Root dan jailbreak dan masing-masing beranggapan ia adalah benda yang sama. Ada juga yang mengatakan root untuk android dan jailbreak untuk iphone.

Secara dasarnya, memang hanya phone andoid yang boleh untuk root. Iphone hanya boleh jailbreak. Sengaja saya letakkan perkataan "hanya" bagi menyatakan pada anda bahawa root sebenarnya lebih advance dari jailbreak.


JAILBREAK
Jailbreak adalah proses untuk membuang segala sekatan yang dibuat oleh pengeluaran device tersebut. Secara amnya, jailbreak digunakan pada produk Apple yang menggunakan ios seperti iphone dan ipad. 

Tujuannya supaya kita dapat install applikasi 3rd party yang mungkin tiada dalam appstore. Sekatan ini dibuat atas dasar keselamatan pada data dan device pengguna kerana kemungkinan applikasi 3rd party mempunya virus.

Namun begitu, anda masih tidak dapat mengubah sistem ios anda.

ROOT
Root pula dibuat untuk mendapatkan "root access" dan hanya boleh dilakukan pada phone yang menggunakan OS linux seperti android boleh untuk root.

Kelebihan root access adalah anda boleh untuk mengubah sistem dalam phone anda termasuk mengubah ROM. Contohnya, jika anda pengguna phone samsung, ROM asalnya adalah touchwiz. Dengan root access, anda boleh menukar ROM anda pada ROM lain seperti cyanogen dan lain-lain. Atau jika anda menggunakan phone lama seperti galaxy note 3 tetapi inginkan phone anda mempunyai semua fungsi seperti galaxy note 7, anda dapat melakukannya dengan install ROM galaxy note 7.

Masalah terbesar ialah sekiranya anda tidak tahu apa yang anda lakukan, root mungkin boleh merosakkan phone anda kerana anda telah mengganggu sistem asal phone anda. Anda juga mungkin terdedah kepada hacker kerana security phone yang dibuat oleh pengeluar phone anda telah hilang.


Root dan Jailbreak mempunyai kelebihan yang tersendiri tetapi yang lebih penting adalah anda tahu apa yang anda lakukan dan apa yang ingin anda capai.