Apa yang berlaku bila anda taip www.nasihatit.com di browser anda?
Setiap kali anda taip alamat website pada browser anda, browser akan tukarkan alamat tersebut kepada IP web tersebut dan kemudian cari IP tersebut dan paparkan website yang anda cari.
Contohnya anda cari www.google.com atau www.facebook.com, DNS tukar pada IP google, mungkin 1xx.xx.xx.xx dan cari.
www.domain.com dipanggil Domain dan domain ini ditukarkan kepada IP melalui rujukan DNS
Apa itu DNS?
Bayangkan anda mempunyai telefon bimbit tetapi terpaksa menghafal nombor telefon semua rakan anda untuk membuat panggilan. Memang tak la kan. Lagi senang simpan je nombor-nombor tu dalam phonebook. Tiap kali nak buat panggilan, cari je nama rakan dan buat panggilan. Nama rakan lagi mudah nak ingat berbanding nombor telefonnya. Memang itu yang kita semua buat pon kan.
Samalah seperti konsep DNS. DNS ni macam phonebook juga la. DNS simpan semua alamat IP dan kita hanya perlu ingat nama website. Setiap kali buat carian, DNS akan tolong tukarkan pada IP.
Phonebook anda mesti tak sama dengan phonebook kawan anda. Mungkin kawan anda menyimpan lebih banyak nombor orang yang anda tak kenali atau baru kenal.
DNS juga ada banyak. Biasanya DNS yang selalu kita gunakan adalah DNS yang diberi oleh service provider internet kita. Contohnya jika anda melanggan Unify, anda akan menggunakan DNS TM.
Dengan cara ini, TM dapat mengawal web yang anda lawati dan menyekat anda dari masuk ke laman-laman yang tidak dibenarkan oleh kerajaan Malaysia seperti laman lucah atau pirate. Maksudnya alamat yang anda masukkan tidak dapat ditukar pada IP yang sepatutnya kerana tiada dalam DNS atau disekat.
Boleh tak nak tukar DNS?
Mestilah boleh jika anda tahu DNS yang lain selain dari DNS dari service provider anda.
Kami di nasihatit tidak menggalakkan anda untuk tukar DNS dan menggunakan DNS yang service provider anda sediakan jika anda tiada masalah menggunakanya kerana ia dapat menyekat pengguna (mungkin anak anda) dari terlibat dalam website-website berunsur pornografi, perjudian, dan memuat turun software-software tanpa lesen yang sah.
“Flush DNS”
Mungkin anda pernah mengalami masalah tidak dapat masuk ke website yang selalu anda lawati. Ini mungkin berlaku kerana IP web tersebut telah berubah walaupon alamat web masih sama.
PC anda menyimpan cache carian anda dan apabila anda cuba lawati web yang pernah anda lawat sebelum ini, PC menggunakan IP lama tanpa melibatkan check dan tukar pada DNS.
Sebab tu bila anda lawat web yang pernah anda lawat sebelum ini, cariannya lebih laju.
Jika IP web telah berubah, anda perlu flush dns supaya proses check dan tukar pada DNS berlaku semula seolah-olah anda tak pernah lawat ke web tersebut.
Cara flush DNS boleh dibuat menggunakan command prompt.
Taip "ipconfing /flushdns" dan tekan "enter". Done flush DNS