Kalau anda pengguna internet tegar, anda mesti pernah dengan perkataan "ping" kan? Tapi anda tahu tak "ping" tu apa sebenarnya?
Ping sebenarnya tiada kaitan secara langsung dengan permainan ping pong tetapi konsep ping adalah hampir sama dengan konsep permainan ping pong.
Ping
Ping adalah shortform dari Packet InterNet Groper. Tak perlu nak peningkan kepala untuk terjemahkan perkataan tu. Yang penting anda tahu konsep sebenar Ping.
Konsep Ping adalah dengan menghantar isyarat dari komputer anda ke komputer atau server lain dan mengharapkan isyarat yang anda hantar dipantul semula ke komputer anda. Sama macam permainan ping pong kan? Lepas pukul bola, kita akan tunggu pihak lawan pukul balik bola yang sama kepada kita.
Kelajuan Ping diukur melalui masa terima balik isyarat dan keadaan isyarat yang diterima. Ukuran ini dipanggil "latency". Lebih kecil latency, lebih baik connection anda dengan server atau komputer yang anda ping tersebut.
Perbezaan Latency Tinggi dan Rendah
Katakan anda ping ke website www.nasihatit.com dan mempunyai latency yang tinggi, ini bermakna setiap kali anda cuba buka website nasihatit, anda akan mendapat response yang sangat lambat. Anda terpaksa menunggu lama sebelum dapat membaca artikel dari nasihatit.
Pastinya anda mahukan latency yang rendah. Tambah lagi jika anda adalah gamers sejati yang main game secara online. Anda perlukan latency yang rendah antara komputer anda dan server game tersebut supaya tidak lag ketika bermain game. Perkataan lag banyak digunakan oleh gamer apabila lambat terima respon dari server.
Normal latency adalah 100ms dan untuk bermain game, sebaiknya lebih rendah dari nilai tersebut. Anda boleh menggunakan website speedtest.net untuk mengetahui ping ke service provider internet anda dan kelajuan download / upload.
Atasi masalah internet menggunakan Ping
Salah satu langkah untuk troubleshooting internet anda adalah dengan menggunakan ping.
Sekiranya anda tidak boleh langsung melayari internet, anda mungkin boleh cuba untuk ping ke website dalam negara seperti www.google.com.my dan lihat pada respon yang anda terima. Jika tiada respon, mungkin masalah yang lain.
ping website google menggunakan command prompt |
Ping berguna sekiranya anda tidak dalam masuk ke website tertentu, anda boleh cuba ping ke web tersebut untuk lihat pada respon. Jika ada respon, mungkin kerana DNS anda tidak mempunyai data web tersebut.
Yang andaa perlu faham, Ping hanya membantu anda untuk mengetahui keadaan connection komputer anda dengan komputer yang lain (server, website, router atau pc).