Monday, January 23, 2017

Game original mahal sangat? Yang pirate pulak tak keluar2 lagi!

Kalau korang ada masalah ni, then kami di nasihat it ada solution gila gempak untuk anda!Tapi sebelum tu, kena la ada disclaimer.

*Kami di nasihat it tidak promote cetak rompak, malah kami kondem gila2 cetak rompak.



Kami di nasihat IT berpegang pada satu prinsip, orang yang guna bahan cetak rompak adalah sama seperti pencuri di pasar malam. Mencuri tetap mencuri, tak kira apa jua situasi. Tak setuju? Boleh gaduh di ruangan komen. Kalau guna bahan cetak rompak untuk diri sendiri pun dah teruk, bayangkan menjual bahan cetak rompak kepada orang ramai.




Sebelum anda download dan main game cetak rompak, fikirkan berapa ramai developer, game tester, publisher yang telah bertungkus lumus sepanjang hari, ada yang terpaksa overtime, korbankan cuti bersama keluarga, keluarkan kos beratus ribu ringgit, semata2 nak buat game yang terbaik untuk anda, then anda relax je curi game ni. Hebat ke korang ni? Tu tak fikir halal haram lagi. Nanti diorang tuntut kat akhirat sape tau kan?

Anyway, ni kami ada solution gila gempak untuk anda. Korang yang otai mesti pernah dengar Steam. Steam ni dah fikir masak2 macam mana nak pastikan semua orang mampu beli game original kat Malaysia ni. So Steam ni dah localized kan game2 untuk rakyat Malaysia supaya kita mampu. Game semua dalam ringgit malaysia, bukan lagi US dolar dan secara purata lebih murah dari harga international.



Jadi belilah game original di Steam. Nak lagi best? Beli time promosi seperti new year, christmas, black friday, weekdays sales, weekend sales. Diskaun sehingga 85% tu. Atau kalau anda ada game yang memang anda idamkan, letak dalam wishlist dan tunggu sampai dapat email bila game anda itu tengah sale. Pengalaman admin sendiri, dapat beli Skyrim dengan Tomb Raider pada harga RM16 sahaja. Dulu kalau game ada 2 dvd dah RM20 tau. Murah lagi original dari cetak rompak.



Lagi 1 teknik Steam yang agak menarik, boleh share game dengan "family". Kalau korang serius nak beli game tapi nak extra jimat, carik 5 orang, jadi kan diorang ni family korang, then beli game tong tong 5 orang. Kalau game Doom contoh harga RM200, tunggu diskaun jadi RM100, lepas tu sorang keluar RM20 beli game ni, then share dengan account semua orang. Kelemahan cara ni sorang je yang boleh main Doom dalam 1 masa. So kena la bahagi2 masa main. Kan? No pain no gain gitu.



Ada juga service lain seperti Gog.com dan juga Origin untuk game2 dari publisher EA. Origin ada offer origin access, di mana dengan $6.45 (lebih kurang RM30) sebulan, anda boleh lenjan hampir semua game2 dari EA. Serius mampu milik. Lebih kurang harga topup je, RM30 sebulan. Baik korbankan topup sebulan demi untuk main game yang halal toyyiban. Yang penting berkat bhai.



Nvidia juga bakal melancarkan Nvidia Now di mana anda boleh sewa PC power rangers untuk render game2 anda dan kemudian stream terus ke PC anda untuk main game pada tahap maximum settings di pc tok kadok anda.

Sekian je artikel dari nasihat IT. Thanks guys.




Friday, January 6, 2017

Apa kaitan Ping dan Permainan Ping Pong?

Kalau anda pengguna internet tegar, anda mesti pernah dengan perkataan "ping" kan? Tapi anda tahu tak "ping" tu apa sebenarnya?

Ping sebenarnya tiada kaitan secara langsung dengan permainan ping pong tetapi konsep ping adalah hampir sama dengan konsep permainan ping pong.


Ping


Ping adalah shortform dari Packet InterNet Groper. Tak perlu nak peningkan kepala untuk terjemahkan perkataan tu. Yang penting anda tahu konsep sebenar Ping.

Konsep Ping adalah dengan menghantar isyarat dari komputer anda ke komputer atau server lain dan mengharapkan isyarat yang anda hantar dipantul semula ke komputer anda. Sama macam permainan ping pong kan? Lepas pukul bola, kita akan tunggu pihak lawan pukul balik bola yang sama kepada kita.

Kelajuan Ping diukur melalui masa terima balik isyarat dan keadaan isyarat yang diterima. Ukuran ini dipanggil "latency". Lebih kecil latency, lebih baik connection anda dengan server atau komputer yang anda ping tersebut.




Perbezaan Latency Tinggi dan Rendah


Katakan anda ping ke website www.nasihatit.com dan mempunyai latency yang tinggi, ini bermakna setiap kali anda cuba buka website nasihatit, anda akan mendapat response yang sangat lambat. Anda terpaksa menunggu lama sebelum dapat membaca artikel dari nasihatit.

Pastinya anda mahukan latency yang rendah. Tambah lagi jika anda adalah gamers sejati yang main game secara online. Anda perlukan latency yang rendah antara komputer anda dan server game tersebut supaya tidak lag ketika bermain game. Perkataan lag banyak digunakan oleh gamer apabila lambat terima respon dari server.

Normal latency adalah 100ms dan untuk bermain game, sebaiknya lebih rendah dari nilai tersebut. Anda boleh menggunakan website speedtest.net untuk mengetahui ping ke service provider internet anda dan kelajuan download / upload.



Atasi masalah internet menggunakan Ping


Salah satu langkah untuk troubleshooting internet anda adalah dengan menggunakan ping.

Sekiranya anda tidak boleh langsung melayari internet, anda mungkin boleh cuba untuk ping ke website dalam negara seperti www.google.com.my dan lihat pada respon yang anda terima. Jika tiada respon, mungkin masalah yang lain.

ping website google menggunakan command prompt



Ping berguna sekiranya anda tidak dalam masuk ke website tertentu, anda boleh cuba ping ke web tersebut untuk lihat pada respon. Jika ada respon, mungkin kerana DNS anda tidak mempunyai data web tersebut. 


Yang andaa perlu faham, Ping hanya membantu anda untuk mengetahui keadaan connection komputer anda dengan komputer yang lain (server, website, router atau pc).

Mengapa tukar DNS dapat membantu anda masuk ke sesebuah Website?

Apa yang berlaku bila anda taip www.nasihatit.com di browser anda?


Setiap kali anda taip alamat website pada browser anda, browser akan tukarkan alamat tersebut kepada IP web tersebut dan kemudian cari IP tersebut dan paparkan website yang anda cari.

Contohnya anda cari www.google.com atau www.facebook.com, DNS tukar pada IP google, mungkin 1xx.xx.xx.xx dan cari.

www.domain.com dipanggil Domain dan domain ini ditukarkan kepada IP melalui rujukan DNS





Apa itu DNS?


DNS adalah shortform kepada “Domain Name System”. Tugas DNS adalah sebagai rujukan untuk tukarkan alamat web kepada alamat IP.

Bayangkan  anda mempunyai telefon bimbit tetapi terpaksa menghafal nombor telefon semua rakan anda untuk membuat panggilan. Memang tak la kan. Lagi senang simpan je nombor-nombor tu dalam phonebook. Tiap kali nak buat panggilan, cari je nama rakan dan buat panggilan. Nama rakan lagi mudah nak ingat berbanding nombor telefonnya. Memang itu yang kita semua buat pon kan.

Samalah seperti konsep DNS. DNS ni macam phonebook juga la. DNS simpan semua alamat IP dan kita hanya perlu ingat nama website. Setiap kali buat carian, DNS akan tolong tukarkan pada IP.

Phonebook anda mesti tak sama dengan phonebook kawan anda. Mungkin kawan anda menyimpan lebih banyak nombor orang yang anda tak kenali atau baru kenal.

DNS juga ada banyak. Biasanya DNS yang selalu kita gunakan adalah DNS yang diberi oleh service provider internet kita. Contohnya jika anda melanggan Unify, anda akan menggunakan DNS TM.

Dengan cara ini, TM dapat mengawal web yang anda lawati dan menyekat anda dari masuk ke laman-laman yang tidak dibenarkan oleh kerajaan Malaysia seperti laman lucah atau pirate. Maksudnya alamat yang anda masukkan tidak dapat ditukar pada IP yang sepatutnya kerana tiada dalam DNS atau disekat.

Boleh tak nak tukar DNS?


Mestilah boleh jika anda tahu DNS yang lain selain dari DNS dari service provider anda.

Kebiasaannya pengguna tegar internet menggunakan DNS Google sebab DNS Google ni dah macam yellow pages. Hampir semua IP disimpannya


Kami di nasihatit tidak menggalakkan anda untuk tukar DNS dan menggunakan DNS yang service provider anda sediakan jika anda tiada masalah menggunakanya kerana  ia dapat menyekat pengguna (mungkin anak anda) dari terlibat dalam website-website berunsur pornografi, perjudian, dan memuat turun software-software tanpa lesen yang sah.

“Flush DNS”


Mungkin anda pernah mengalami masalah tidak dapat masuk ke website yang selalu anda lawati. Ini mungkin berlaku kerana IP web tersebut telah berubah walaupon alamat web masih sama.

PC anda menyimpan cache carian anda dan apabila anda cuba lawati web yang pernah anda lawat sebelum ini, PC menggunakan IP lama tanpa melibatkan check dan tukar pada DNS.
Sebab tu bila anda lawat web yang pernah anda lawat sebelum ini, cariannya lebih laju.

Jika IP web telah berubah, anda perlu flush dns supaya proses check dan tukar pada DNS berlaku semula seolah-olah anda tak pernah lawat ke web tersebut.

Cara flush DNS boleh dibuat menggunakan command prompt.

Taip "ipconfing /flushdns" dan tekan "enter". Done flush DNS




Selamat Mencuba!

Thursday, December 29, 2016

PC : Maksud di sebalik Warna Hard Disk WD



Buntu untuk memilih kod warna hard disk sebelum membeli? Artikel kali ini kami terangkan tentang kod warna hard disk keluaran Western Digital (WD) dan penggunaannya.

Terdapat 2 jenis pembeli hard disk WD, Peribadi dan Bisnes.

Peribadi


1. WD Blue (Biru) - Komputer Peribadi (PC atau Desktop)

Kod warna ini adalah untuk kegunaan PC anda sendiri. Prestasinya agak baik dan juga jimat elektrik. WD blue sangat sesuai untuk pengguna average menyimpan gambar dan dokumen kerja, gamers dan juga programmers.

WD Blue didatangi dengan capacity dari 500GB hingga 6TB dengan kelajuan (RPM) 5400 dan 7200.




Target Pengguna - Average User, Gamers, Programmer dan semua pengguna komputer peribadi.


2. WD Black (Hitam) - Untuk Prestasi yang Tinggi

WD Black direka khas untuk power user. Hard disk ini mempunyai spesifikasi yang tinggi dan hanya direka dengan kelajuan (RPM) 7200 sahaja. Penghantaran data, write dan read data adalah sangat pantas.

Kekurangan WD Black adalah hard disk ini tidak jimat elektrik dan cepat panas. Namun ia mampu untuk menampung tugas yang berat dengan lebih efisien.



Target Pengguna - Power User, Gamers Sejati, Programmer, Video Editor.


3. WD Green (Hijau) - Jimat Elektrik

Sekiranya anda mementingkan penjimatan eletrik, WD Green adalah pilihan yang betol. Hard disk ini direka khas bagi suasana yang sejuk dan senyap. 

WD Green juga sangat sesuai digunakan untuk menyimpan video atau gambar tetapi bukan untuk membuat editing.



Target Pengguna - Backup drive, Hard disk kedua.


Bisnes


1. WD Red (Merah) - NAS

NAS adalah shortform bagi network attach storage di mana fungsinya sama seperti Server tetapi server anda sendiri (intranet).

WD Red mempunyai penjimatan kuasa yang baik dan juga mampu untuk mengawal suhu supaya dapat beroperasi sepanjang masa. WD Red sangat sesuai untuk digunakan bagi tujuan Raid


Review penuh WD Red Oleh Western Gents United di sini  (Why you need NAS Hard Drives WD RED REVIEW)

Target Pengguna - Server di rumah, NAS


2. WD Purple (Ungu) - CCTV

WD Purple direka khas untuk kegunaan CCTV. Hard disk ini mampu untuk tahan dalam cuaca panas, berdepan dengan habuk dan kotoran,  bekerja sepanjang masa (24/7) dan juga mampu untuk menampung sehingga 64 HD kamera untuk memastikan kualiti video yang baik bila diperlukan.



Target Pengguna - Premis-premis kedai atau pejabat-pejabat yang menggunakan CCTV


3. WD Gold (Emas) - Server

WD Gold adalah khas untuk data center atau server. Harga bagi WD Gold adalah yang termahal kerana hard disk ini mempunyai keboleh upayaan yang sangat tinggi. WD Gold di reka khas supaya tahan lama, storan yang besar dan mampu untuk beroperasi sepanjang masa.


Target Pengguna - syarikat-syarikat besar yang mempunya server tersendiri.



Mana yang Patot Anda Pilih?

Sebelum membeli, anda perlu tahu tujuan kegunaan hard disk yang ingin anda beli. Jika anda Gamers sejati, main game yang sangat berat, pilih WD Black atau WD Blue. Pilihan di tangan anda.

Tonton video dari  Unbox Theraphy menerangkan tentang beza antara kod warna hard disk WD di sini


Facebook Ads : Video Senyap Menjadi Trending Pemasaran Kini

Penggunaan video untuk pemasaran di facebook telah menjadi trend terkini dan ramai pelayar facebook nampaknya lebih gemar untuk engage pada post yang menggunakan video berbanding post-post yang menggunakan gambar atau pon head line yang power.

Dari video-video yang di post di facebook, video senyap adalah yang terbaik kerana kebanyakkan pengguna facebook melayarinya melalui smartphone. Melalui smartphone, biasanya kita akan meletakkan phone dalam mode senyap supaya tidak mengganggu orang di sekeliling kita kecuali kita menggunakan earphone. Jadi video yang menyampaikan mesej melalui suara kurang berkesan.

Ingat! 3/4 dari pelayar facebook menggunakan smartphone sebagai medium untuk melayari facebook. Jika anda berminat untuk sampaikan mesej melalui video, mungkin boleh cuba 5 tips dibawah.

1. Video tanpa bunyi 


Video tanpa bunyi mungkin boleh menjadi kekuatan untuk anda menyampaikan mesej anda. Sekiranya anda membina video tanpa bunyi, pasti anda akan lebih perah otak untuk sampaikan mesej hanya melalui penglihatan sahaja. Pengguna jarang dengar audio dari video anda. Mungkin boleh cuba letak subtitle atau sedikit tulisan dalam video anda.

2. Kelajuan dan Jangka masaVideo


Video yang anda hasilkan mestilah tidak terlalu lama untuk ditonton kerana penonton mungkin akan merasa bosan dengan video anda dan terus berlalu begitu sahaja. Kalau boleh, pendekkan jangka masa video anda dan kalau terlalu panjang, anda boleh lajukan kelajuan video anda. Tak perlu nak drama cinetron sangat sebab pengguna boleh tonton drama-drama ini di tonton.com

3. Permulaan Video Gempak
Sama seperti post-post lain di facebook, headline mestilah cukup power untuk tarik pengguna engage di post anda. Untuk post video, anda juga perlukan permulaan video yang gempak untuk melekatkan masa pengguna facebook pada video anda. Jadikan video anda video yang menghiburkan kerana rata-rata pengguna facebook di Malaysia sangat tagihkan hiburan.

4. Jadikan Video Anda Vertikal


Biasa anda tengok movie secara horizontal kan? Nak kena pusing-pusing phone dulu baru puas nak tengok video. Tapi konsep ini tak boleh diguna pakai untuk video pendek di facebook. Pengguna biasanya malas nak pusing-pusing phone untuk menonton video anda. Bahkan nak buka video full screen pon malas. Jadi lebih baik anda hasilkan video horizontal.

5. Kualiti Video Cerah dan Jelas


Anda tidak perlukan perakam yang power atau video editor yang superb untuk hasilkan video yang agak baik untuk ditonton. Yang anda perlukan hanyalah pencahayaan yang bagus dan gambar yang jelas. Rakam video di kawasan terbuka dan pada siang hari. Yang paling penting, JANGAN COMPRESS video anda. Biarkan dengan size asal sebab server facebook dah sediakan. Tak perlu bayar pon.

5 Tips di atas mungkin mampu membantu anda meningkatkan lagi fungsi pemasaran anda di facebook. Anda juga perlu ingat, video senyap bukanlah sentiasa menjadi penyelesaian untuk anda. Kadang kala anda juga perlu menghasilkan video dengan audio yang baik untuk menyampaikan mesej anda. Biasanya video yang melibatkan emosi memerlukan audio yang baik.

Friday, October 14, 2016

Iphone 7 dah sampai ke Malaysia. 7 Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membelinya




Mungkin ramai yang masih tak tahu kan. Hari ini Iphone 7 official dah mula dijual di Malaysia. Sebelum nak pergi shopping tu apa kata baca artikel ini dulu. 7 perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli iphone 7.


1) Rekabentuknya seakan-akan iphone 6.


Kalau dilihat seimbas pandang, anda pasti sukar untuk membezakan antara iphone 7 dan iphone 6. Apple mengekalkan rekabentuknya mungkin kerana rekabentuk ini masih lagi relevan dan cantik. Walaubagaimanapon terdapat sedikit perbezaan berbanding iphone 6 dan 6s. Iphone 7 tidak mempunyai lubang untuk headphone dan home button pada iphone 7 adalah berbeza.

2) Kalis Air


Hype terbaru teknologi smartphone, mesti kalis air. Dan teknologi ini sangat penting lagi-lagi dengan rekabentuknya yang agak licin dan sukar untuk dipegang. Anda juga boleh mengambil gambar dalam air. Best kan?
Info tambahan: Iphone 6s pon kalis air. Tapi Apple tak buat pengumuman je. Mungkin masih Beta.

3) Camera iphone 7 plus memang superb.


Kalau anda banyak mengunakan smartphone untuk tujuan mengambil gambar, kami sarankan ada memilih iphone 7 plus. Camera dengan dual lensa dan lensa yang lebih luas (f/1.8 aperture), anda dalam mengambil gambar walaupon ditempat yang kurang cahaya. Boleh zoom juga ok.

4) Tiada lubang untuk headphone / earphone.



Mungkin agak mengecewakan kerana kali ini Apple memilih untuk tidak meletakkan lubang untuk headphone. Kalau anda mempunyai headphone yang mahal, kekecewaan berganda-ganda. Tapi jangan kecewa sangat. Apple ada menyediakan lightning headphone adapter. Jadi headphone mahal anda tu masih relevan dengan iphone 7. Cuma anda perlulah bawa adapter tu kemana-mana kalau nak menggunakannya.

5) Home button lebih mantap


Home button iphone 7 adalah yang paling mantap yang pernah kami lihat. Berbeza dari yang sebelumnya, home button kali ini sudah intergrate pada phone. Anda perlu tetapkan dahulu kekuatan tekanan pada home button tersebut mengikut cita rasa masing-masing. Apa yang mantap? Mungkin home button kali ini susah untuk rosak.

6) 16GB Storage? Dah tak de dah.


Dengan fungsi camera yang superb, pastinya size gambar pon berganda. 16GB storage takkan mampu untuk menyimpan banyak gambar didalamnya. Iphone 7 hanya dijual dengan storage 32GB, 128GB dan 256GB. Eh mana 64GB? 16GB dan 64GB tak disediakan. Saranan kami, beli 128GB atau beli cloud storage.

7) Color pada screen bertambah baik


Dengan menggunakan teknologi yang sama dengan ipad pro 9.7, paparan iphone 7 kelihatan lebih natural dan lebih cantik.


Haaa tunggu apa lagi. Cepatlah pergi beratur untuk dapatkan iphone 7.


Iphone 7 Official Video by Apple

Thursday, October 13, 2016

10 Laman Web Untuk Dapatkan Gambar Percuma bagi Facebook Anda



Gambar sangat memainkan peranan penting untuk menarik pelanggan ke laman facebook anda. Pelanggan biasanya akan melihat gambar dahulu sebelum mula membaca apa yang ingin anda sampaikan.

Menggunakan gambar yang berkualiti dan profesional menjadi satu kemestian. Gambar yang kurang menarik bakal memberi tanggapan negatif pelanggan terhadap iklan atau facebook anda.

Ingat! Tak semua gambar yang anda dapat dari google adalah percuma. Kebanyakkan darinya mempunyai copy right dan anda boleh disaman jika menggunakannya.

Tapi jangan risau. Disini kami senaraikan 10 laman web yang menyediakan gambar yang sangat berkualiti dan profesional secara percuma.

1. Shutterstock
2. Gratisography
3. Pixabay
4. Freerange Stock
5. FreePhotosBank
6. Freeimages
7. Picjumbo
8. Unsplash
9. New Old Stock
10. Life of Pix

Mungkin sebahagian daripada gambar dalam laman web diatas perlu dibayar (Gambar Premium). Sekiranya anda rasa berbaloi, bayar je.